Affin Investment telah menganjurkan teambuilding programme di Langkawi pada 1 November 2008. Pada siangnya peserta harus melakukan aktiviti2 yang menguji fizikal, mental dan semangat kerjasama berpasukan.
Pada malamnya pula telah diadakan jamuan makan malam dan diikuti dengan Acara Affin Style. Acara ini merupakan kesinambungan dan penutup kepada program teambuilding tersebut. Menariknya Affin Syle ini, di mana setiap team harus memperagakan sekurang2nya 6 jenis fesyen yang terdiri dari 3 tema iaitu Reviving 70s, Back To School dan Beachwear. Markah diberikan berdasarkan kreativiti, kelainan, menepati tema dan konsep eco-friendliness. Semua pasukan memberikan persembahan yang terbaik dan menghiburkan.